Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Peningkatan Kemahiran Dalam Penulisan

14 - 16 OKTOBER 2025 || Tahniah diucapkan kepada Tn. Hj. Zamry Zakaria atas pemilihan untuk menyertai KURSUS PENULISAN JURNAL & BAB DALAM BUKU 2025
 
Kursus berprestij ini berlangsung di Royal Park Hotel @ UNITEN, Kajang anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) merupakan inisiatif penting dalam menyokong usaha meningkatkan kompetensi pengajar TVET.
 
Para peserta diwajibkan untuk menghasilkan satu Jurnal dan satu Bab Dalam Buku. Penulisan ini akan merangkumi perkongsian dan pengalaman berkaitan program dalam:
• Pengukuhan kompetensi pengajar TVET melalui aktiviti penyelidikan.
• Latihan Industri.
• Upskilling.
 
Inisiatif ini merupakan komponen utama di bawah Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisma Pengajar TVET & Personel SPKM serta di bawah inisiatif TVET Instructor Technology Update (TITU) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
 
Semoga kursus ini dapat memperkasakan lagi kemahiran penulisan Tn. Hj. Zamry Zakaria dan menyumbang kepada penerbitan ilmiah yang berkualiti!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

PERANAN ADTEC TANGKAK DALAM LAWATAN TAPAK PROJEK NAIK TARAF RANGKAIAN (FASA 1) DI ADTEC BATU PAHAT

13 - 17 OKTOBER 2025 || PENGUKUHAN INFRASTRUKTUR ICT TVET - TAHNIAH! Pihak ADTEC JTM Kampus Tangkak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada pegawai kami, Encik Abdul Halim bin Abdullah atas peranan aktif beliau dalam lawatan penting bagi persediaan projek naik taraf infrastruktur ICT JTM.
 
Encik Abdul Halim bin Abdullah telah menyertai Kumpulan Bakat Rangkaian dan Keselamatan ICT JTM bersama Encik Zakaria bin Hamzah (ADTEC JTM Kampus Selandar) dalam sesi Lawatan Tapak Persediaan Projek Naik Taraf Infrastruktur Rangkaian dan Ubah Suai Bilik Suis (Fasa 1) di ADTEC JTM Kampus Batu Pahat.
 
Lawatan kerja selama lima hari ini bertujuan memastikan perancangan projek naik taraf yang dijadualkan pada tahun hadapan (2026) berjalan lancar. Peranan beliau dan delegasi adalah kritikal dalam:
• Menilai secara terperinci struktur rangkaian dan peralatan sedia ada.
• Mengumpul maklumat teknikal penting untuk penyediaan spesifikasi tender yang tepat.
• Meninjau dan mengenal pasti lokasi strategik untuk kerja-kerja naik taraf dan pemasangan baharu.
• Mengadakan perbincangan awal yang substantif bersama pihak kampus mengenai keperluan dan jangkaan pelaksanaan projek.
 
Projek Naik Taraf Fasa 1 ini merupakan inisiatif strategik Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan akan melibatkan lima (5) buah kampus ADTEC JTM.
 
Penglibatan aktif pegawai kami dalam delegasi ini mencerminkan komitmen ADTEC JTM Kampus Tangkak dalam menyokong usaha JTM untuk memperkasa infrastruktur ICT.
 
Diharapkan perancangan yang rapi ini akan meningkatkan kecekapan dan kebolehpercayaan rangkaian di kampus yang terlibat, seterusnya menyokong penuh aspirasi pelan pendigitalan JTM.
 
Syabas sekali lagi kepada En. Abdul Halim bin Abdullah!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 
 

Aktiviti Promosi dan Pameran Pendidikan TVET Di SMK Tenang Station, Segamat

16 Oktober 2025 || Aktiviti Promosi dan Pameran Pendidikan TVET Di SMK Tenang Station, Segamat sempena Hari Diskusi Akademik Murid Fokus SPM Tahun 2025.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan 2025

13-15 Oktober 2025 - ADTEC JTM Kampus Tangkak menerima lawatan Naziran Pematuhan Perakaunan Akruan 2025 oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Johor
 
Juru Audit:
• PUAN WIRDIANI BINTI JAMALUDDIN PEN. AKAUNTAN – KETUA PASUKAN
• PUAN SITI SHARIFAH HAMIN- PEN. AKAUNTAN
• EN. AL SUANDI BIN MAT NAWI- PEN. AKAUNTAN
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan