3 Disember 2025 - JTM Kampus Tangkak telah melaksanakan Program Latihan Kebakaran (Fire Drill) untuk menguji tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan prosedur kecemasan seluruh warga kampus.
Latihan ini berjalan dengan lancar dan teratur:
• Berkumpul: Warga kampus bergerak pantas dan berkumpul di lokasi yang ditetapkan sejurus mendengar isyarat kecemasan.
• Headcount: Proses pengiraan data (headcount) dilaksanakan dengan cekap oleh pasukan keselamatan untuk mengesahkan kehadiran dan keselamatan setiap individu.
• Bersurai: Setelah keadaan diisytiharkan selamat, semua warga dibenarkan bersurai dengan tertib.
Syabas diucapkan kepada semua staf, pelajar, dan Jawatankuasa Pengungsian dan Emergency Response Team (ERT) ADTEC JTM Kampus Tangkak atas kerjasama cemerlang dan pematuhan prosedur. Kesiapsiagaan adalah kunci utama keselamatan kita bersama!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”












 (1300 × 110 px) (1).png)

