5 Disember 2025 - Unit Promosi, Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), ADTEC JTM Kampus Tangkak telah melaksanakan sesi taklimat kemasukan pelajar baharu di SMK Serting, Negeri Sembilan.
Misi utama kami adalah untuk meningkatkan pengambilan pelajar dan memperkenalkan program TVET Berimpak Tinggi kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Taklimat ini menjadi lebih bermakna dengan kehadiran alumni SMK Serting sendiri, Saudari Nurhasqeekah (Pelajar Semester 3, Teknologi Kimpalan, ADTEC Tangkak), yang berkongsi pengalaman peribadi beliau sepanjang pengajian beliau di kampus ini. Terima kasih kepada Puan Noorashikin binti Saari (Kaunselor) dan Puan Zahariah (Pegawai Promosi) atas inisiatif ini!
Misi promosi ini mencatatkan penyertaan seramai 85 pelajar SPM dan 10 orang guru SMK Serting. Dengan bantuan oleh 4 orang pelajar dari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, Bidang Teknologi Kimpalan, ADTEC JTM Kampus Tangkak.
Tahniah kepada semua pelajar SMK Serting atas kejayaan menamatkan SPM. Jom, jadikan ADTEC Tangkak destinasi pilihan anda untuk masa depan yang cemerlang!
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”






 (1300 × 110 px) (1).png)

