Accessibility Tools

tamattingkatan5tanpaplastik.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
Dilanjutkan Sehingga Januari 2026a.png
CopyofCopyofPengambilanpelajarbaharu83x32in83x32678in1000x400px1300x400px.png
jims_170425_banner.png
previous arrow
next arrow

Karnival Lindung Kerjaya Aspirasi Kerjaya MyFutureJobs 2025

26 November 2025 - ADTEC JTM Kampus Tangkak dengan kerjasama PERKESO membuka peluang keemasan buat para graduan, pencari kerja, dan belia untuk bertemu secara langsung dengan pelbagai syarikat industri terkemuka yang menawarkan peluang pekerjaan.
 
Program ini menekankan 2 fokus utama :
 
FOKUS 1: FAEDAH EKSKLUSIF PERKESO
Penyertaan dalam program ini bukan sekadar menghadiri temu duga, malah berpeluang:
✅ Padanan Kerjaya MyFutureJobs: Daftar dan dapatkan padanan kerja yang tepat berdasarkan kelayakan anda, disokong oleh pangkalan data profesional PERKESO.
✅ Nasihat Kerjaya: Dapatkan khidmat nasihat daripada Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO.
✅ Bantuan Pencarian: Akses kepada sumber pekerjaan terkini dan bantuan untuk mendapatkan penempatan.
 
FOKUS 2: REKRUTMEN INDUSTRI SECARA LANGSUNG
Pelbagai industri terkemuka turut serta dalam karnival ini!
• Syarikat dari pelbagai sektor datang khas ke ADTEC Tangkak untuk mencari dan merekrut bakat-bakat TVET dan pencari kerja lain.
• Peluang Temu Duga Terus Di Tapak (Walk-in Interview).
• Membina rangkaian dengan industri dan mendapat nasihat kerjaya terkini.
 
Semoga matlamat karnival ini dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan secara holistik, mengukuhkan hubungan Industri dengan Institusi Kemahiran bagi memastikan latihan dan kemahiran kekal relevan serta menyumbang kepada pengurangan pengangguran dan pembangunan modal insan berkualiti untuk ekonomi negara selaras dengan matlamat untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem kerjaya yang dinamik.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan