Kadang-kadang dalam kesibukan harian, kita terlepas pandang tentang kesihatan mental diri sendiri. Jom urus tekanan dengan bijak supaya kita dapat menjadi sumber ketenangan untuk diri dan orang sekeliling!
Melalui perkongsian daripada Unit Pengurusan Psikologi ADTEC JTM Kampus Tangkak, penting untuk kita fahami apa yang ada di dalam dan di luar kawalan kita:
🔵 Dalam Kawalan Diri:
- Pilih Jadi Penenang: Fokus menjadi sumber kedamaian.
- Pantau Tanda 'Kegagalan Sistem' Diri: Ambil tahu jika mula rasa fikiran bercelaru, emosi terpendam, atau hilang kesabaran.
- Fokus Kawalan Diri: Lindungi kesihatan mental dengan berhenti memikirkan perkara yang tidak boleh diubah.
🔴 Luar Kawalan Diri:
Lepaskan: Jangan biarkan perkara yang di luar kawalan terus membebankan fikiran anda.
💡 5 Langkah Bijak Urus Stres yang boleh kita amalkan:
- Lakukan pernafasan dalam.
- Rehat tanpa rasa bersalah.
- Fokus terkawal.
- Cari sokongan.
- Bersyukur.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
