Tahniah kepada bakal pelajar Program DWFL34 Diploma Kemahiran Teknologi Fabrikasi Struktur Logam atas komitmen padu sepanjang sesi temuduga yang berlangsung di Pusat Sumber, ADTEC Tangkak.
Penyertaan anda adalah cerminan semangat belia dalam memperkukuh ekosistem TVET negara. Kami komited dalam menyediakan platform latihan teknikal yang kompetitif demi melahirkan tenaga kerja mahir yang relevan dengan keperluan industri masa kini.
Semoga terpilih untuk menyertai keluarga besar kami dan bersama-sama memantapkan TVET melalui kemahiran teknikal yang unggul.
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
