Hebahan Rasmi Kepada Pelajar Dan Kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak
Dimaklumkan bahawa Buku Tatatertib Pelajar ADTEC JTM kini telah tersedia secara digital menggunakan teknologi Progressive Web App (PWA) dan boleh diakses melalui pautan rasmi berikut:
Inisiatif pendigitalan ini bertujuan memudahkan akses kepada maklumat berkaitan peraturan dan tatatertib pelajar secara:
• Lebih pantas, responsif dan mesra pengguna secara web based dan
• Pemasangan aplikasi pada pelbagai peranti seperti telefon pintar, tablet dan komputer.
Sehubungan itu, semua pelajar dan kakitangan adalah digalakkan untuk memanfaatkan kemudahan ini sebagai rujukan rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan peraturan dan tatatertib pelajar ADTEC JTM.
Komitmen bersama dalam membudayakan disiplin, integriti dan profesionalisme merupakan tunjang kepada kecemerlangan institusi.
“Peraturan Membentuk Disiplin, Disiplin Mencorak Masa Depan.”
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
