Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Lawatan Industri & Jalinan Kerjasama Strategik Bersama Eurojaya Precision Sdn. Bhd.

TANGKAK, 18 Mac 2026 – Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) Tangkak terus komited dalam memperkukuh ekosistem pembelajaran melalui kolaborasi strategik bersama pihak industri.
 
Satu sesi Lawatan Industri dan Perbincangan Kerjasama telah diadakan bersama pihak Eurojaya Precision Sdn Bhd. ADTEC Tangkak diwakilii oleh Ts. Haji Zamry bin Zakaria, bersama wakil pengurusan tertinggi syarikat, Mdm. Jessica Tan C K (General Manager).
 
🤝 Fokus Utama Perbincangan:
Perbincangan dua hala ini memfokuskan kepada inisiatif memperkasakan graduan dan tenaga pakar melalui:
• Penempatan Latihan Industri (LI): Membuka peluang kepada pelajar ADTEC untuk menimba pengalaman praktikal di persekitaran industri sebenar.
• Program Perkongsian Kepakaran: Pertukaran ilmu antara pakar industri dan tenaga pengajar bagi memastikan silibus sentiasa relevan dengan teknologi terkini.
• Kursus Kerjasama Teknikal: Penganjuran kursus-kursus jangka pendek dan latihan kemahiran yang melibatkan penyertaan aktif industri, pengajar, serta pelajar.
 
Sebagai susulan kepada pertemuan produktif ini, pihak ADTEC Tangkak dengan sukacitanya telah menjemput pasukan Eurojaya Precision Sdn Bhd untuk mengadakan lawatan balas ke kampus kami. Lawatan tersebut bertujuan untuk meninjau fasiliti, peralatan moden, dan keupayaan mesin di ADTEC bagi merangka pelan kerjasama yang lebih teknikal dan holistik.
 
Terima kasih Eurojaya Precision Sdn Bhd atas sambutan yang amat baik. Semoga kerjasama ini memacu kecemerlangan TVET negara!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗟𝗘𝗣𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗣𝗠 𝟐𝟎𝟐𝟱!

Selamat melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan anda!
 
SPM Bukan Penamat... Tapi Adalah Permulaan.......
 
Jangan risau, peluang masih terbuka luas untuk anda menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dan profesional!
 
Jom bina masa depan bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak!!
 
Kami Menawarkan Program:
• SIJIL TEKNOLOGI MEKATRONIK
• SIJIL TEKNOLOGI KOMPUTER (RANGKAIAN)
• SIJIL TEKNOLOGI PEMBUATAN
• SIJIL TEKNOLOGI KIMPALAN ARKA LOGAM
• SIJIL TEKNOLOGI FABRIKASI STURKTUR LOGAM (MINYAK & GAS)
• SIJIL TEKNOLOGI CADD MEKANIKAL (PEMBUATAN)
• SIJIL TEKNOLOGI PLASTIK
 
yang praktikal, relevan dengan industri serta membantu anda terus bersedia ke alam pekerjaan.
 
Syabas!!! Apa tunggu lagi. Langkah HEBAT anda bermula bersama kami.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Jelajah Promosi ADTEC JTM Kampus Tangkak

Bersempena Pengumuman Keputusan SPM 2025
 
Tahniah diucapkan kepada semua calon SPM 2025!
 
Bagi para pelajar yang sedang merancang hala tuju selepas SPM, ini merupakan peluang terbaik untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan komprehensif secara langsung daripada pihak kami.
 
ADTEC JTM Kampus Tangkak akan mengadakan sesi jelajah promosi ke 15 buah sekolah terpilih bagi membantu para pelajar membuat keputusan yang lebih jelas dan tepat demi masa depan mereka.
 
Sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:
• SMK Bukit Gambir
• SMK Ledang
• SMK Tun Mamat
• SMK Sagil
• SMK Parit Bunga
• SMK Bukit Pasir
• SMK Tun Ismail
• SMK Seri Jementah
• SMK Seri Machap
• SMK Tun Sulaiman Ninam Shah
• SMK Naning
• SMK Seri Medan
• SMK Tinggi Segamat
• SMK Tengku Mahmud Iskandar
• SMK Tun Perak
 
Kunjungi kami untuk mendapatkan:
✅ Maklumat lengkap mengenai program dan kursus yang ditawarkan
✅ Penerangan berkaitan syarat kemasukan
✅ Khidmat nasihat berkaitan hala tuju pendidikan dan kerjaya
✅ Bantuan dalam proses permohonan kemasukan
 
Para pelajar juga boleh mendaftar secara terus di lokasi, dan pegawai kami sedia membantu dalam memastikan proses permohonan berjalan dengan mudah, cepat dan teratur.
 
Rebut peluang ini — masa depan anda bermula di sini.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Makluman Rasmi Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Keluaran 2/2025

MAKLUMAN RASMI
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AKHIR
ADTEC JTM
SESI KELUARAN 2/2025

📌 Dimaklumkan kepada semua pelajar Sesi Keluaran 2/2025:

Keputusan Peperiksaan Akhir Sesi Keluaran 2/2025 boleh disemak di Laman Web Rasmi Jabatan Tenaga Manusia di pautan berikut:

 https://apps.jtm.gov.my/examiljtm/

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas pencapaian anda! Semoga berjaya dalam melangkah ke fasa seterusnya

“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan