Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Aktiviti Brisk Walk Mingguan Kelolaan Bengkel Teknologi Pembuatan

29 Julai 2026 || Aktiviti Brisk Walk Mingguan di bawah kelolaan Bengkel Teknologi Pembuatan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Kecemerlangan Tenaga Pengajar: Penilaian Kompetensi & Verifikasi Bidang Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas)

Sekalung tahniah diucapkan kepada barisan tenaga pengajar Bidang Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) di ADTEC JTM Kampus Tangkak atas pencapaian Lulus dan Cemerlang dalam sesi Penilaian Kompetensi dan Verifikasi Pengajar yang berlangsung pada 27 dan 28 Julai 2026.
 
Penilaian komprehensif ini telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Kepakaran Kluster Kimpalan, Jabatan Tenaga Manusia (JTM) merangkumi aspek teori dan amali yang memfokuskan kepada:
🔹 Metodologi dan teknik pengajaran berkesan.
🔹 Penyediaan pattern development untuk tubular connection.
🔹Mengikut Standard dan prestasi fabrikasi.
 
Pihak pengurusan juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan Panel Penilai atas dedikasi dan profesionalisme yang ditunjukkan sepanjang sesi ini berlangsung:
👤 Ts. Zahari Bin Abd Ghani – ADTEC JTM Kampus Kota Samarahan
👤 En. Ahmad Amri Bin Mahmad Rezali – ADTEC JTM Kampus Kuantan
 
Melalui penanda aras (benchmarking) dan peningkatan kompetensi berterusan ini, kami komited untuk memastikan setiap pelajar menerima kualiti latihan TVET yang terbaik daripada tenaga pengajar yang pakar. Ini sekaligus bakal melonjakkan tahap ketrampilan graduan ADTEC JTM untuk terus relevan dan berdaya saing.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Sinergi Ilmu & Kerohanian: Kursus Pengurusan Jenazah 2026

Alhamdulillah, Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Majlis Agama Islam Daerah Tangkak telah berlangsung dengan jayanya.
 
Program kerohanian dan fardu kifayah ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan penglibatan seramai 110 orang peserta, yang terdiri daripada barisan pelajar dan kakitangan ADTEC JTM Kampus Tangkak.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Ustaz Hedayat Bin Md Shah serta barisan kakitangan dari Pejabat Kadi Daerah Tangkak atas penyampaian serta perkongsian ilmu yang sangat komprehensif.
 
Semoga penganjuran kursus ini berjaya mencapai objektif utamanya, iaitu untuk memberikan pendedahan, memperkasakan pemahaman, serta meningkatkan kemahiran praktikal para peserta berhubung tatacara pengurusan jenazah yang tepat berlandaskan prosedur dan tuntutan syariat Islam.
 
Semoga ilmu yang dikongsi menjadi asbab kebaikan dan manfaat bersama untuk masa hadapan.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Tindakan Pantas, Selamatkan Nyawa: Kursus Intensif CPR & Pencegahan Kebakaran

Selaras dengan komitmen kami untuk mewujudkan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif, ADTEC tangkak membawakan Kursus Keselamatan Di Tempat Kerja & Pencegahan Kebakaran khusus untuk seluruh warga institusi.
 
Kami amat berbesar hati menampilkan penceramah-penceramah berkaliber untuk membimbing warga kerja kami melalui dua slot utama:
🩺 Slot Bantuan Hidup Asas (CPR) disampaikan oleh: Lans Koperal (PA) Muhammad Nazirul Haziq Bin Mazlan
🔥 Slot Pencegahan Kebakaran disampaikan oleh: Prebet (PA) Muhammad Hakimi Bin Kamar
 
Sesi komprehensif ini dirangka khas untuk memberi pendedahan menyeluruh merangkumi:
🔹 pengenalan kepada piawaian keselamatan pekerjaan
🔹 kenal pasti punca dan langkah-langkah pencegahan kebakaran
🔹 latihan praktikal penggunaan alat pemadam api
🔹 prosedur dan tindak balas yang tepat ketika kecemasan
 
Penganjuran kursus ini adalah langkah proaktif kami dalam memastikan:
✅ risiko kemalangan dan kebakaran di premis dapat diminimumkan.
✅ warga adtec tangkak dilengkapi pengetahuan asas dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.
✅ pematuhan penuh terhadap keperluan keselamatan di tempat kerja mengikut standard industri yang ditetapkan.
✅ pembudayaan persekitaran kerja yang selamat, cekap, dan produktif.
 
Terima kasih kepada para penceramah atas perkongsian ilmu yang tidak ternilai ini. Bersama-sama, kita bentuk budaya kerja yang selamat kerana mencegah sentiasa lebih baik daripada mengubati.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan