Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

JTM Dan ADTEC Tangkak Teroka Kerjasama Teknologi Mekanisasi Perladangan Bersama IOI Plantation

GEMENCHEH, 31 Julai 2026 – Unit Jalinan Industri (UJI), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) bersama ADTEC Tangkak telah mengadakan lawatan kerja ke Ladang Regent, IOI Plantation di Gemencheh, Negeri Sembilan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam bidang teknologi mekanisasi dan automasi perladangan.
 
Delegasi JTM yang diketuai oleh wakil Unit Jalinan Industri telah disambut oleh wakil pengurusan IOI Group dan IOI Plantation IOI Corporation Berhad . Lawatan tersebut merangkumi sesi taklimat, perbincangan teknikal serta demonstrasi beberapa teknologi dan peralatan yang digunakan bagi menyokong operasi perladangan moden.
 
Antara teknologi yang diberi perhatian ialah kenderaan utiliti elektrik, Electric Cart Scissor-Lift, jentera pengangkutan hasil serta Mini Tractor Grabber yang dilengkapi sistem kamera bagi membantu proses penggredan. Penggunaan teknologi berkenaan mencerminkan usaha industri perladangan untuk meningkatkan produktiviti, mengurangkan kebergantungan kepada kerja manual dan memperkukuh aspek keselamatan operasi.
 
Sesi perbincangan turut meneliti keperluan kompetensi tenaga kerja bagi menyokong penggunaan, penyelenggaraan dan penambahbaikan jentera perladangan. Kepakaran ADTEC Tangkak dalam bidang teknikal berpotensi dimanfaatkan melalui pelaksanaan latihan berasaskan industri, peningkatan kemahiran pekerja, penempatan pelajar, latihan industri serta pembangunan projek inovasi bersama.
 
Lawatan ini turut membuka ruang kepada pembangunan model latihan yang lebih responsif terhadap keperluan sebenar industri, khususnya dalam bidang mekanikal, elektrikal, automasi, penyelenggaraan jentera dan teknologi kenderaan elektrik. Maklum balas daripada pihak industri juga penting bagi memastikan kandungan latihan ADTEC JTM sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi semasa.
 
Kerjasama ini dijangka dapat memberi manfaat bersama melalui perkongsian kepakaran, pendedahan teknologi kepada tenaga pengajar dan pelajar serta penyediaan laluan kerjaya kepada graduan TVET dalam sektor perladangan berteknologi tinggi.
 
JTM melalui Unit Jalinan Industri akan terus memperkukuh hubungan strategik antara ADTEC JTM dengan pemain industri bagi menyokong agenda TVET dipacu industri serta melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing, adaptif dan bersedia menghadapi transformasi teknologi.
 
ADTEC JTM – Pilihan Kami
TVET Dipacu Industri, Membina Tenaga Mahir Masa Hadapan
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Sinergi Kukuh, Minda Cerdas: Ke arah Kecemerlangan ADTEC Tangkak!

Sekalung penghargaan dan tahniah buat semua kakitangan ADTEC Tangkak atas komitmen luar biasa sepanjang Kursus Pemantapan Pasukan Kakitangan 2026 yang telah berjaya dilaksanakan di Pantai Siring & Pulau Besar, Melaka.
 
Selain menjadi medan untuk memperkasa kerjasama dan kesatuan organisasi, program ini turut memberi ruang kepada para kakitangan untuk menyegarkan kembali minda demi produktiviti yang lebih optimum.
 
Bersama kita melangkah lebih jauh!
 
"Satu Pasukan, Satu Matlamat: Menjulang Kecemerlangan"
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Perhimpunan Mingguan Pelajar Bil. 3/2026

31 Julai 2026 || Perhimpunan Mingguan Pelajar Bil. 3/2026
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Derma Darah Sesi 2/2026

30 Julai 2026 || Program Derma Darah anjuran Bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak dan Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan