Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Pengumuman Rasmi: Kajian Selidik Majlis Penghargaan Alumni ADTEC JTM Semalaysia

Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera kepada semua barisan Alumni ADTEC Tangkak,
 
Sebagai inisiatif berterusan untuk memperkasakan jaringan profesional serta menghargai dan meraikan kejayaan Alumni JTM, pihak kami sedang dalam perancangan untuk menganjurkan Majlis Penghargaan Alumni ADTEC JTM SeMalaysia. Majlis yang penuh bermakna ini dijangka akan berlangsung pada bulan Oktober/November 2026.
 
Bagi memastikan perancangan dan kelancaran majlis ini memenuhi aspirasi bersama, kami amat mengalu-alukan kerjasama YBrs. Ts./Dr./Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit masa bagi melengkapkan borang kaji selidik di bawah:
 
 
Maklum balas dan pandangan anda amat kami hargai dalam usaha menjayakan majlis ini. Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap legasi kecemerlangan ADTEC JTM.
 
"Meraikan Pencapaian, Menginspirasi Masa Depan"
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Tempat Ke-5 Anugerah ADTEC JTM Terbaik 2026 (AAJT2026)

Satu Pasukan, Satu Matlamat
 
Tahniah Keluarga Besar ADTEC Tangkak!
 
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja ADTEC JTM Kampus Tangkak atas pencapaian cemerlang meraih Tempat Ke-5 Anugerah ADTEC JTM Terbaik 2026 (AAJT2026).
 
Pengiktirafan berprestij ini telah dinobatkan bersempena dengan Istiadat Konvokesyen ADTEC JTM Kali Ke-29 Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh gilang-gemilang di Bangi Convention Center.
 
Pencapaian ini merupakan manifestasi komitmen jitu, dedikasi, dan sinergi berpasukan yang utuh daripada setiap lapisan warga kerja dalam memartabatkan kecemerlangan institusi. Ia juga menjadi bukti keupayaan dan kelestarian ADTEC Tangkak dalam melahirkan modal insan berteraskan TVET yang berkualiti tinggi untuk negara.
 
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus melakar lebih banyak kejayaan gemilang pada masa hadapan.
 
Terus Cemerlang, ADTEC Tangkak!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Tahniah Dan Selamat Datang YBhg. Dato' Mohamad Zahri Bin Haji Samingon

𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 & 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆!
 
Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Tangkak meluahkan rasa syukur dan berbesar hati untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan rasmi:
 
𝐘𝐁𝐡𝐠. 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐡𝐫𝐢 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐒𝐚𝐦𝐢𝐧𝐠𝐨𝐧
𝐊𝐞𝐭𝐮𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐡
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐧𝐚𝐠𝐚 𝐌𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 (𝐉𝐓𝐌)
 
Kehadiran YBhg. Dato' menerajui kepimpinan JTM disambut dengan tangan yang terbuka dan semangat muhibbah oleh seluruh warga kerja. Kami percaya, dengan kebijaksanaan dan iltizam tinggi yang dimiliki, YBhg. Dato' akan membawa suntikan semangat baharu untuk terus memperkasakan landskap TVET negara.
 
Sebagai satu pasukan yang utuh, ADTEC JTM Kampus Tangkak akan terus seiring melangkah bersama kepimpinan YBhg. Dato' bagi memastikan lahirnya lebih ramai tenaga mahir yang bukan sahaja kompeten, malah memiliki nilai jati diri cemerlang untuk pembangunan masa depan Malaysia.
 
"𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭, 𝐓𝐞𝐠𝐮𝐡 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐢𝐧𝐞𝐫𝐠𝐢"
 
Semoga YBhg. Dato' diberikan kesihatan yang berpanjangan, dilimpahi kesejahteraan, serta sentiasa dipermudahkan urusan dalam menjalankan tanggungjawab perkhidmatan ini.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Tahniah dan Terima Kasih YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH!!
 
Seluruh pengurusan dan warga kerja ADTEC JTM Kampus Tangkak merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Datuk Rospiagos bin Taha atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri (Gred Utama A) berkuat kuasa pada 3 Ogos 2026.
 
Kami mendoakan agar YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebijaksanaan, dan kecemerlangan berterusan dalam menggalas amanah negara. Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kemajuan perkhidmatan awam yang lebih gemilang.
 
Selamat maju jaya dalam menerajui kepimpinan perkhidmatan awam negara!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan