Accessibility Tools

merdeka 2026 web.jpg
5bintangweb.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kawalstress.png
previous arrow
next arrow

Program Bengkel Bangsa Malaysia KOMAS Bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak

11 Ogos 2026 - Alhamdulillah, ADTEC JTM Kampus Tangkak dengan kerjasama strategik pihak KOMAS telah berjaya menganjurkan Program Bengkel Bangsa Malaysia.
 
Program ini menghimpunkan barisan kepimpinan KOMAS, pengurusan ADTEC, serta para pelajar bagi memperkukuh nilai perpaduan, kesaksamaan, dan keharmonian sosial.
 
KOMAS merupakan sebuah organisasi masyarakat di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1993 dengan matlamat membanteras perkauman, memperkasakan komuniti yang terpinggir, serta menyokong hak dan pembangunan masyarakat Orang Asli serta masyarakat pribumi di Malaysia.
 
Tiga Objektif Utama Program:
• Kesedaran & Perpaduan: Membincangkan isu jurang sosial melalui pendekatan interaktif bagi mengeratkan hubungan.
• Ruang Dialog Selamat: Membina kepercayaan serta sikap saling menghormati merentasi perbezaan kaum dan agama.
• Pemangkin Keharmonian: Melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja kompeten secara teknikal, malah beradab tinggi dan menghargai nilai kemanusiaan.
 
Sebagai sebuah institusi TVET, matlamat kami bukan sekadar melahirkan tenaga kerja mahir, tetapi juga insan berintegriti yang mampu hidup harmoni dalam masyarakat majmuk.
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak KOMAS atas kolaborasi bermakna ini. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kerjasama strategik pada masa hadapan demi perpaduan negara.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Gotong Royong Perdana EKSA Bil. 1/2026 ADTEC Tangkak: Sinergi Bentuk Kampus Kondusif & Hijau!

11 Ogos 2026 - Seluruh warga ADTEC JTM Kampus Tangkak telah berganding bahu menjayakan Program Gotong-Royong Perdana EKSA Bil. 1/2026. Dari pengurusan tertinggi, staf, sehinggalah kepada para pelajar semuanya bersatu tenaga mentransformasikan 9 zon utama kampus!
 
• Zon Cengal - Bahagian Teknologi Pembuatan
• Zon Cendana - Bahagian Teknologi CADD (Mekanikal)
• Zon Meranti - Bahagian Teknologi Fabrikasi Logam
• Zon Belian - Bahagian Teknologi Kimpalan
• Zon Pulai - Bahagian Teknologi Polimer & Pengajian Umum
• Zon Angsana - Bahagian Teknologi Komputer Rangkaian
• Zon Jati - Bahagian Teknologi Mekatronik
• Zon Tembusu - Pentadbiran, Kewangan, BKKL, BPPA, CESS, BPSM, Pengurusan Psikologi, DKU, DSG & Pondok Pengawal
• Zon Merbau - Asrama, Dewan Makan & Surau
 
Fokus Utama Kami:
✨ Produktiviti & Imej Korporat: Persekitaran yang efisien dan sistematik untuk penyampaian perkhidmatan terbaik.
✨ Amalan 5S: Praktis Sisih, Susun, Sapu, Seragam, & Sentiasa Amal di setiap sudut bengkel, makmal dan pejabat.
✨ Kelestarian Alam: Membudayakan Amalan Hijau menerusi inisiatif kitar semula dan penjimatan utiliti.
 
Langkah proaktif ini adalah persediaan rapi ADTEC Tangkak ke arah Ekosistem yang selesa, selamat dan profesional demi menyokong aspirasi melahirkan graduan TVET yang kompetitif!
 
Terima kasih atas komitmen luar biasa semua pihak. Kerja berpasukan adalah nadi kejayaan kita!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Program Leader In Motion: Khidmat Komuniti & Ikhtiar Hidup

ADTEC JTM Kampus Tangkak terus komited dalam membina kepimpinan mahasiswa yang berilmu, berdaya tahan, dan prihatin terhadap alam sekitar!
 
Telah berlangsung Program Leader In Motion berteraskan Aktiviti Khidmat Komuniti Penanaman Pokok dan Modul Ilmu Ikhtiar Hidup bertempat di Hutan Simpan Negara Ayer Hitam Utara, Muar.
 
Program berimpak tinggi ini menganjurkan pelbagai aktiviti berfaedah yang dipacu oleh semangat kerjasama strategik bersama:
  •  Majlis Daerah Muar
  •  Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar
  •  Jabatan Perhutanan Muar
  •  Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ADTEC Tangkak
  •  Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ADTEC Tangkak
 
Selain menyumbang kepada pemeliharaan ekosistem alam sekitar menerusi penanaman pokok, para peserta turut dibekalkan dengan kemahiran asas kelangsungan hidup (survival skill) dan ketahanan fizikal serta mental daripada pihak profesional.
 
Melalui program sebegini secara tidak langsung dapat meluaskan jaringan sosial bersama Jabatan Kerajaan Setempat dalam mempromosikan ADTEC JTM Kampus Tangkak kepada komuniti dan agensi kerajaan setempat.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua agensi serta rakan kerjasama yang menjayakan program ini. Semoga semangat kepimpinan dan nilai murni ini terus memupuk jati diri warga ADTEC Tangkak!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

7 Ogos 2026 - Perhimpunan Mingguan Pelajar

7 Ogos 2026 || Perhimpunan Mingguan Pelajar
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan