

24 April 2024 - ILP Tangkak menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Negeri Bagi Agensi Di Bawah Kementerian Sumber Manusia Peringkat Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2024.
Mesyuarat yang terdiri daripada 13 Agensi membincangkan beberapa perkara termasuk Penyelarasan Pelaksanaan Aktiviti/Program jabatan dan agensi di bawah KSM.

21 April 2024 || ILP Tangkak menerima lawatan kerja daripada Pihak Jabatan Kerja Raya Johor bagi Naiktaraf Bilik Server dan Rangkaian Institut.

4 April 2024 - Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ILP Tangkak telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Pelajar Bil 2/2024 di Dewan Kuliah Utama ILP Tangkak.
Majlis turut memberi penghargaan kepada pelajar yang terlibat dan berjaya dalam Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC 2024). Syabas dan Tahniah biat semua pelajar.






 (1300 × 110 px) (1).png)

