Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Program Strive25 bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor

12 November 2025 - Program Strive25 berjaya mengumpulkan 50 Kaunselor/Guru Pengiring dan 150 pelajar dari Tangkak, Muar & Segamat beserta Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Peserta program ini turut dibawa ke sesi lawatan ke bengkel bagi melihat sendiri aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di bengkel.
 
Terima kasih Jabatan Pendidikan Negeri Johor atas kerjasama erat bersama ADTEC JTM Kampus Tangkak bagi melestarikan hala tuju pendidikan TVET dikalangan pelajar!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
 

Keterlibatan Komuniti: ADTEC JTM Tangkak Bersama Southern Volunteer

9 November 2025 - Seramai 12 pelajar ADTEC JTM Kampus Tangkak telah menyertai program sukarelawan Southern Volunteer Daerah Tangkak.
 
Program khidmat komuniti yang diketuai oleh Saudara Taddy dari Kelab Pembimbing Rakan Sebaya, dari Bengkel Teknologi Kimpalan ini telah diadakan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor di Rumah Pangsa Tangkak.
 
Tahniah atas semangat kesukarelaan yang ditunjukkan!
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Kursus Kepimpinan MPP 2026

7-9 November 2025 - 24 orang pelajar dari 7 bengkel yang telah memenangi undi di dalam pilihanraya kampus yang telah dijalankan pada 29 Oktober 2025 berjaya menamatkan sesi Kursus Kepimpinan MPP 2026 yang bertujuan membangunkan potensi yang dimiliki pelajar melalui modul yang telah disusun kemas dan lengkap oleh jurulatih yang didatangkan khas dari Vision Consultant.
 
Objektif kursus adalah untuk membangunkan barisan Majlis Perwakilan Pelajar bagi tahun 2026 yang mempunyai ilmu dalam kepimpinan, ilmu sahsiah,jati diri serta memahami integriti di dalam kepimpinan.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Lawatan Industri Teknologi Mekatronik ke KMB 5MWP Solar Farm Melaka

29 Oktober 2025 - Seramai 19 orang pelajar Teknologi Mekatronik menyertai lawatan industri ke KMB 5MWP Solar Farm, Melaka sebagai pendedahan secara langsung mengenai operasi, penyelenggaraan, dan integrasi sistem solar berskala besar yang mana ia relevan dengan aplikasi Mekatronik dalam bidang Tenaga Boleh Baharu.
 
Lawatan yang diiringi oleh 4 orang tenaga pengajar adalah platform bagi menghubungkan teori bilik kuliah bagi mengukuhkan kefahaman dalam subjek 'Industrial Exposure' dengan aplikasi sebenar sistem kawalan, sensor, dan automasi yang digunakan dalam operasi ladang solar, sekaligus melahirkan graduan TVET yang lebih bersedia mendepani industri.
 
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 
Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan