1 April 2024 - Alhamdulillah.. Selesai sudah Program Gotong Royong & Iftar Ramadhan ILP Tangkak bagi tahun 2024/1445H yang merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan seluruh warga ILP Tangkak.
Program dimulakan dengan aktiviti gotong royong memasak bersama semua kakitangan ILP Tangkak dibantu oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Semua menu iftar dimasak beramai-ramai bersama warga ILP Tangkak termasuk Nasi Beriani, Bubur Lambuk dan Kuih Muih.
Program diteruskan dengan Agihan Bubur Lambuk Kepada Pejabat komuniti terdekat, Ceramah Ihya’ Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib dan Isya’ dan dilengkapkan dengan solat Terawih berjemaah.
Selamat menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan bersama ukhuwwah yang terjalin dikalangan seluruh warga ILP Tangkak
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”







 (1300 × 110 px) (1).png)

