Accessibility Tools

selamatmendudukipeperiksaansesi12026web.png
apc2025web.png
tarikh penting up tvet 22026.png
scanuntukdaftar.png
7bidangteknologiuntukdipilih.png
maklumankeputusanpeperiksaanakhirsesi22025web.png
HARIBERTEMUPELANGGAN20261.png
kenalistressmondayblues.png
previous arrow
next arrow

Penyerahan Projek TCP – Stand Memanah

24 April 2026 - Daripada bengkel terus ke padang!
 
ADTEC JTM Kampus Tangkak melalui inisiatif Training Cum Production (TCP) terus komited dalam menyokong pembangunan kemahiran serta keperluan komuniti setempat.
Bengkel Fabrikasi Struktur Logam (Minyak & Gas) berjaya menyiapkan Stand Memanah yang berkualiti tinggi dan praktikal untuk kegunaan aktiviti sukan memanah.
 
Majlis penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Pengarah ADTEC JTM Kampus Tangkak, En. Ahmad Jefri bin Sabri, kepada Cikgu Mohd Rizal bin Jalil, Pengerusi Teknikal Memanah MSSD Daerah Tangkak merangkap guru di SMK Ledang.
 
Projek ini bukan sahaja menjadi platform latihan sebenar kepada pelajar, malah membuktikan keupayaan institusi dalam menghasilkan produk berkualiti yang memenuhi keperluan industri dan komuniti.
 
Semoga sumbangan ini dapat memperkasa lagi pembangunan sukan memanah di peringkat daerah serta melahirkan lebih ramai bakat baharu.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles

Tajuk KURSUS YANG DITAWARKAN (1300 × 130 px) (1300 × 110 px) (1).png
AKTIVITIBERITATERKINI.jpeg
Baca Selanjutnya/Read More Aktiviti Semasa/Current Activity  
INFOTERKINI.jpeg
kemudahan

Tag Popular

Penerbitan