Accessibility Tools

Peningkatan Kemahiran Dalam Penulisan

14 - 16 OKTOBER 2025 || Tahniah diucapkan kepada Tn. Hj. Zamry Zakaria atas pemilihan untuk menyertai KURSUS PENULISAN JURNAL & BAB DALAM BUKU 2025
 
Kursus berprestij ini berlangsung di Royal Park Hotel @ UNITEN, Kajang anjuran bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) merupakan inisiatif penting dalam menyokong usaha meningkatkan kompetensi pengajar TVET.
 
Para peserta diwajibkan untuk menghasilkan satu Jurnal dan satu Bab Dalam Buku. Penulisan ini akan merangkumi perkongsian dan pengalaman berkaitan program dalam:
• Pengukuhan kompetensi pengajar TVET melalui aktiviti penyelidikan.
• Latihan Industri.
• Upskilling.
 
Inisiatif ini merupakan komponen utama di bawah Pembangunan Kepakaran dan Profesionalisma Pengajar TVET & Personel SPKM serta di bawah inisiatif TVET Instructor Technology Update (TITU) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
 
Semoga kursus ini dapat memperkasakan lagi kemahiran penulisan Tn. Hj. Zamry Zakaria dan menyumbang kepada penerbitan ilmiah yang berkualiti!
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles