1-5 Oktober 2025 - ADTEC JTM Kampus Tangkak terlibat secara langsung dalam Program Majestic X Amazing Tangkak Festival 2025 bagi aktiviti promosi dan pameran bagi program kemasukan Sesi 1/2026.
Program Amazing Tangkak X Majestic Johor Festival 2025 yang telah disempurnakan perasmian oleh YBrs. Puan Norazlin binti Abu Talib, Pengarah MOTAC Johor merangkap wakil rasmi Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berlangsung meriah dengan kejayaan daerah Tangkak mencatat Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan penari teater teramai.
“Jom Masuk ILP Tangkak”
“ILP Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
