Accessibility Tools

Kursus Sempena Minggu NTW 2026 - Packet Tracker Skill-Based Activity Wizard Training

Sukacita dimaklumkan bahawa ADTEC JTM Kampus Tangkak akan menganjurkan kursus-kursus PERCUMA secara dalam talian (online) sempena National Training Week (NTW) 2026. Penyertaan adalah terbuka kepada semua yang berminat.

Sehubungan itu, YBhg. Datuk / Dato’ / Ir. / Ts. / Dr. / Tuan / Puan adalah dipelawa untuk mendaftar melalui Portal National Training Week (NTW) di www.nationaltrainingweek.gov.my dan memilih mana-mana kursus seperti berikut:

KURSUS 2: PACKET TRACKER SKILL BASED ACTIVITY WIZARD TRAINING

🗓️ Tarikh: 22 Julai 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 10:00 Pagi - 12:00 Tengah Hari
📋Pendaftaran: https://www.nationaltrainingweek.gov.my/indiCourse?courseId=32925 (carian kursus : Tangkak)
💻 Platform Atas Talian: https://meet.google.com/pjk-vmiw-oan

Peserta yang belum mempunyai akaun National Training Week (NTW), pendaftaran boleh dibuat dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Layari portal www.nationaltrainingweek.gov.my dan klik "Join Now".
2. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
3. Pengesahan pendaftaran akan dihantar ke alamat e-mel yang telah didaftarkan.
4. Setelah akaun berjaya diaktifkan, log masuk ke portal menggunakan maklumat akaun yang telah didaftarkan.
5. Klik menu "Courses" dan cari kursus yang ingin disertai.
6. Pilih kursus yang dikehendaki dan klik "Enroll Now".
7. Pastikan mesej "Enrollment Successful" dipaparkan sebelum log keluar daripada sistem.