Accessibility Tools

Peningkatan Kemahiran Tenaga Pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak

17-28 November 2025 - Tahniah diucapkan kepada para tenaga pengajar ADTEC JTM Kampus Tangkak yang telah berjaya menamatkan Program Train-the-Trainer (TTT) di bawah Training Market Transformation 5 (TMT 5) untuk Sustainable Moulding Drivers Licence (IMDL) anjuran Malaysian Plastic Manufacturer Association (MPMA) dan German Technology Center, serta dibiayai oleh HRD Corp.
 
Program ini telah berlangsung di XPS Sdn. Bhd. dengan penyertaan diselaraskan oleh Jawatankuasa Kepakaran JTM Kluster Pengeluaran Produk. Seramai 10 orang pengajar JTM telah menyertai program ini daripada keseluruhan 25 peserta.
 
Tahniah Ts. Wan Noor Azrina binti Wan Azhari, Norlizanto Bin Kamiran berjaya LULUS Peperiksaan Persijilan Profesional Injection Moulding Scientific Driver License dengan cemerlang.
Syabas dan tahniah! Semoga peningkatan kompetensi ini terus memberi impak positif kepada pembangunan tenaga kerja mahir negara.
 
“Jom Masuk ADTEC JTM Kampus Tangkak”
“ADTEC Tangkak Bestari Dalam Taman”
"Empowering Skills, Igniting Futures"
“Memperkasa Kemahiran, Menyemarak Masa Hadapan”
 

Related Articles